Cara Semak Baki PTPTN Online okay? PTPTN atau Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional merupakan pembiayaan kewangan dan pinjaman pelajaran pengajian tinggi kepada para siswa dan siswi yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Kepada mahasiswa yang sudah habis belajar di luar sana dan yang pernah mengambil pinjaman PTPTN, anda boleh membuat semakan baki PTPTN secara atas talian online. Berikut dikongsikan cara untuk membuat semakan PTPTN.
Semak Baki PTPTN Online
1. Layari website ini : https://www.ptptn.gov.my/penyatapinjaman/index.html
dan masukkan no IC anda di ruang tersebut klik semak
2. Nanti ia akan keluar pilihan di bawah seperti PENYATA KIRA-KIRA PEMBIAYAAN UJRAH
jadi klik link tersebut.
3. Kemudian anda akan dibawa ke halaman ini. Masukkan NO IC dan Kata Laluan.
Jika anda terlupa no pin, klik pada 'terlupa kata laluan'. Kata laluan baru akan dihantar menerusi email anda.
4. Klik Log Masuk. Jadi akan ada paparan menunjukkan segala maklumat pinjaman yang perlu dibayar.
Semak Baki PTPTN Melalui SMS
1. Taip PTPTN<Jarak>
2. Hantarkan SMS ke 15888
Semoga dengan maklumat ini dapat membantu ada untuk menyemak baki pinjaman PTPTN secara online dan SMS.
5 comments:
Bagus tutorial ni. Adik-adik sy done byr PTPTN aritu. Lega btul bila dh x berhutang ngn PTPTN
Jom Ketahui Punca Hb Rendah Semasa Mengandung
bagus juga kalau mengetahui baki PTPTN..
boleh langsaikan baki yang ada
bagus tutorial ni.. hee~ tak de la niat nak mengelat tu menjadi jadi..
rujukan yang baik untuk adik-adik kita nanti :)
Senang ada info ni.